Friday, December 2, 2011

KEM BIRO TATANEGARA @ ULU SEPRI REMBAU !!

19 - 22 November 2011
aku join kem BTN (biro tatanegara) di Kem Ulu Sepri, Rembau Negeri Sembilan.
selain aku : bebudak prasekolah vogue yang lain pon join sekaki ;;; rina, along, shung, nur, jowi, amar, tika, awing, ashrul, naim, hasna, anisah, yuyu, nidah dan atol !!!
Sejujurnya, hati sangat-sangat-sangat berat tuk join .. sebab?? Hatiii sangat2 nak balik kampungg … student lain dh sedap2 duk umah .. aku & yang lelain plak join kem ne .. huuaargghh .. dah lah tiket flight pn lum komfem dh ada.. so kesimpulannya? Aku memang dalam keadaan terpaksa join kem ne .. ngguuuuuhhhhh …………………..
Pagi2 dah kumpul reramai.. nak naik bas.. nak cipta mood happy sendiri2….. dengarlahh mp3 yehh..dgr lagu giranggg hahaaa.. bas gerak dlm pukul 9pagi camtuu… aahhh x yah Tanya aku laaa ..apa aku buat sepanjang memanjang bas tu gerak.. ofkosss Zzzzzzzzzzzzzzz.. then bila sedar2… kami brneti kat satu gerai makan ne.. memulaa memang malas nak turun.. tapi tgk kwn len2 sedappp jee ngapp2 makan… tambah2 agii kwn aku bagi lidah aku ne rasa sambal sotong… makk aiiii aku x was2 lagi… kaki aku terus rajin melangkah mencari gerai mana yg jual sambal tuu !!! haaa
GEDEBUKKKKK!!!!!!!!
Hahhhhh???!!!!! Ini tidak adil !!!!!!! mahal nyeee pacikk????!!! Sotong ngan nasi putih dah rm7???????? Perrgghhhhhh !!! apa yg buatnyaaa mahal ne?? kalau harga just around rm5 aku leh trima akal.. ne rm7?? What daa?? Ahhh…kira rezeki pacik laaa hari ne.. ramai sgt pegi gerai pacik kann…
Then.. perut dh kenyang membuak…. Bas pun menggerakkan roda… sampai2 jea kat kem sepri.. semua mata membulat sebulatnya.. tgk sekeliling… wow..sah kawasan ulu beb!! Keliling HUTAN !
Bila kaki mula menapak di kem tersebut.. kami diarah tuk daftar…nak bahagi2 kan bilik.. hahhh 1st day aku dah kena teriak.. fine !! bergendang gegendang telinga aku dengar wei !! relax laa pacik… aku nak tanya mana borang dh nak tengking.. huhhh memang aku emo masa tuu…… (: fuhhh cool2…
Sepanjang join kem ne.. banyak pengalaman dan moral yg aku dapat.. *WAJIB lah tu kan.. kalau x.. x berjaya lah kem ne maknanya… hehe..
Pengalaman jadi mak penghulu tuk kem A melatih diri aku untuk menjadi lebih berani dan yakinn *ececeehhh yelaah tuu..hahahaha dush2x
Pengalaman dengan ahli kumpulan juga seronok.. ada satu aktiviti tuu.. kami perlu ceritakan tentang diri sendiri.. pengalaman menyeronokkan dan sebagainya.. sangat seronok dengar cerita mereka.. dari situ.. aku lebih kenal ahli kumpulan.. terutamanya bebudak junior J happy bersama mereka . satu aktiviti yang mencabar minda dan kesabaran.. iaitu? Akitiviti merancang Bandar. Kumpulan aku selaku perancang tuk kementerian belia dan sukan.. hahh.. x sangka kreatif jugakk kumpulan kami..hahaa.. dapat jugak membina 3 buah bangunan yang ‘canggih’ tuk kementerian tersebut J selain itu… kami juga disajikan dengan satu permainan yang langsung tidak membenarkan kami mengeluarkan suara atau signal sesame sendiri.. kalau buat jugak.. kami dihumban ke PENJARA US *ulu sepri .. hahaaa.. permainan tu memerlukan kami berkolaborasi dengan kesemua kumpulan untuk mengumpulkan 4biji batu yang sama warna dan bentuk.. Alhamdulillah kumpulan kami berjaya menamatkan game ini J
Aktiviti kembara? Ahaaa 1st time aku join akiviti kembara yang relax.. xperlu terkejar-kejar… just berdiri dan dengar ceramah.. tanpa banyak songeh… hahaa .. terima kasih kepada para jurulatih sekalian kerna tidak memenatkan kan hehe …
22hb NOV 2011
Hari terakhir berada di Kem Ulu Sepri.. perasaan tidak sabar kembali ke ipis berjaya menimbusi perasaan sedih meninggalkan kem ini.. sedih jugakk tengok muka2 jurulatih2 yg berkorban tuk jaga kami kat kem ne….huhu,,, TERIMA KASIH PAK … KALAU ADA JODOH KITA JUMPA LAGI J
JAM 11PAGI KAMI SELAMAT TIBA DI IPIS TERCINTA !! ^___^…

:: foto kejadian ::

(◕‿-)


-- ini muka ANAK BANGSA MALAYSIA --

-- bakal pencorak masa depan anak2 bangsa -- *gulpss aku ke yg type ne .. hehe

--- seperti kembali ke jamannn sekolahh heyy ! ---

-- pergh !! air terjon tu.. walau x sempat nak terjoon .. snap gmbr ponn jadik laa haha --

--- macam minggu MPPB plak.. yg pakai baju kurung bunga2 tuu para ibu !! hahahaa ---

-- seyeess aku maluuu.. control jea ne konon2 nyee konfiden hangat ! hahhh gilerr weeii tetiba disuruh bg ucapan .. spontan habess aku...ntah happaa2 aku ckp.. hahahha --





Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home